Dikompaun RM10,000 benar pelanggan minum dalam premis

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah restoran di Pekan Tanjong Karang, di sini dikompaun RM10,000 selepas dikesan membenarkan pelanggan singgah minum di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, tindakan kompaun itu dilakukan selepas gambar seorang pelanggan sedang minum di restoran itu tular di media sosial pada Selasa.

"Pihak polis mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari pada Selasa.

"Polis telah mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pemilik restoran, manakala pelanggan dikompaun RM2,000 atas kesalahan di bawah Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Beliau menegaskan, polis akan terus mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita perlu bersama-sama memerangi dan berganding bahu dalam memutuskan rangkaian Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: