Ibu tunggal raih RM10,000 hasil tanam kacang tanah

Hashimah bersyukur tanaman kacang memberikan pendapatan lumayan kepada dirinya sekali gus membolehkan menyara 11 anak.
Hashimah bersyukur tanaman kacang memberikan pendapatan lumayan kepada dirinya sekali gus membolehkan menyara 11 anak.
A
A
A

PEKAN - Penglibatan seorang ibu tunggal dalam penanaman kacang tanah ternyata berbaloi apabila beroleh pendapatan lumayan sejak pengusaha penanaman itu tiga tahun lalu.

Pekebun, Hashimah Wahab, 56, mengakui tidak menyangka kacang tanah mendapat permintaan tinggi dan mampu meriah hasil jualan sehingga RM10,000 untuk satu musim pengeluaran.

Dia yang mengusahakan tanaman tersebut di atas tanah seluas 0.81 hektar di Bukit Kenau, Pulau Manis, di sini, berkata, pendapatan sebanyak itu diperoleh dalam tempuh dua bulan setengah selepas tanaman berkenaan matang.

"Permintaan terhadap kacang tanah segar ini amat menggalakkan dan kadang kala bekalan tidak mencukupi.

"Setiap kali musim tanaman, saya mampu meraih hasil jualan kacang tanah segar lebih RM10,000. Jadi dengan pendapatan ini saya gunakan untuk menyara 11 anak dan sebagai modal pusingan seterusnya," katanya pada Ahad.

Dia yang menetap perumahan komuniti asnaf Bukit Kenau, Pulau Manis memaklumkan permintaan yang tinggi menjadi faktor utama dirinya terus memilih untuk mengusahakan tanaman kacang tanah itu.

Ujarnya, bantuan daripada anak-anak memberi suntikan semangat untuk terus melakukan kerja-kerja penanaman walau bagaimanapun hanya dua kali pusing dalam setahun.

"Saya seronok dengan kerja ini (tanam kacang tanah) bila sudah tiba masa tuai, ada pelanggan yang datang terus ke kebun. Mereka sendiri mencabut pokok kacang, selain saya menjual kepada pemborong," katanya.

Ditanya mengenai modal, Hashimah berkata, sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 dilaburkan untuk semusim tanaman kacang tanah yang diusahakannya.

Hashimah mengusahakan tanaman kacang tanah seluas 0.81 hektar di Bukit Kenau, Pulau Manis.
Hashimah mengusahakan tanaman kacang tanah seluas 0.81 hektar di Bukit Kenau, Pulau Manis.

Jelasnya, disebabkan faktor banjir penanaman kacang tanah hanya dapat dilakukan dua kali setahun.

"Saya pilih tanaman ini (kacang) sebab tumbuhan ini mudah untuk dijaga. Saya pilih kacang tanah bersaiz besar yang mempunyai tiga hingga empat ulas isinya sebiji.

"Dalam masa dua bulan setengah selepas ditanam pokok kacang tanah akan mengeluarkan hasil dan setiap pokok mampu menghasilkan antara 30 hingga 40 biji," katanya.

Hashimah menambah, bagi memastikan pokok mengeluarkan hasil yang banyak dan bersaiz besar, kapur dan baja diperlukan.

"Dari segi penjagaan tanaman kacang tanah mudah menjaganya, di peringkat awal penanaman pokok memerlukan siraman setiap hari.

"Ancaman utama ialah tikus dan penyakit pucuk mati yang tidak terlalu membimbangkan. Untuk menghasilkan benih tuaian dilakukan dalam selepas usia pokok tiga bulan," jelas wanita itu.

Dia mengakui bertuah kerana menerima pelbagai bantuan input pertanian seperti baja, racun, kapur dan pagar elektrik daripada Jabatan Pertanian Pahang.

"Jentera dan kawasan tanaman disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)," katanya.