X

Kindly register in order to view this article
!

Langgar syarat kuarantin, penjawat awam dikompaun RM5,000

Anggota pasukan pemantau melakukan pemeriksaan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lipis.
A
A

LIPIS - Seorang penjawat awam dikompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar perintah kuarantin apabila didapati keluar rumah dan menanggalkan gelang kuarantin.

Lelaki berusia 47 tahun dari Kampung Perlak, Padang Tengku di sini didapati tidak berada dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan pasukan pemantau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan telah pergi ke kebun dan surau, sedangkan dia sepatutnya perlu berada dalam rumah sepanjang tempoh kuarantin.

Menurutnya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Individu yang diarahkan menjalani kuarantin diingatkan supaya berada dalam rumah setelah diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Azli selain itu berkata, hasil pemantauan dilakukan pada jam 11.45 pagi hingga jam 1.30 tengah hari, dua lelaki turut dikompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta di sini.

"Individu berusia 21 dan 24 tahun itu merupakan tukang gunting dan pelanggan," kata beliau.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!