Pakar kesihatan gesa total lockdown

Aliran trafik di Petaling Jaya dilihat sesak pada waktu puncak meskipun dalam tempoh PKP 3.0 yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 12 Mei lepas sehingga 7 Jun 2021. Gambar kecil: Dr Malina
Aliran trafik di Petaling Jaya dilihat sesak pada waktu puncak meskipun dalam tempoh PKP 3.0 yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 12 Mei lepas sehingga 7 Jun 2021. Gambar kecil: Dr Malina
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar Kesihatan Awam menggesa agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau total lockdown bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

“Situasi yang dihadapi Malaysia sekarang sangat membimbangkan kerana apabila kes meningkat, sistem perkhidmatan kesihatan dibebani dengan kes yang meningkat mendadak.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh menunggu lagi untuk beberapa ketika sebelum mengambil keputusan drastik sedemikian kerana data telah menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 yang konsisten di kebanyakan negeri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, beliau juga turut mengesyorkan pintu keluar masuk negara ditutup sementara kecuali pada kes-kes yang melibatkan kepentingan negara.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Dr Malina turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengurangkan kes kematian akibat Covid-19.

Menurutnya, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah melalui program promosi kesihatan, memberdayakan masyarakat melalui penggunaan alat perlindungan khas serta pengesanan jangkitan dengan lebih awal.

“Nyawa dan kesihatan perlu dipertahankan untuk mengelakkan kadar kematian yang tinggi. Dari segi perubatan, setiap nyawa adalah sangat bernilai,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: