X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

Johor disaran buat saringan Covid-19 secara besar-besaran

Kerajaan negeri Johor wajar melaksanakan ujian saringan Covid-19 besar-besaran secara percuma terutama di kawasan melibatkan kluster aktif. - Gambar hiasan
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor wajar melaksanakan ujian saringan Covid-19 besar-besaran secara percuma terutama di kawasan melibatkan kluster aktif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.

"Jika KPJ dapat membantu kerajaan negeri dalam mengadakan saringan Covid-19 dalam skala besar, ini akan dapat menyekat rantaian jangkitan dengan lebih efektif.

"Saringan besar-besaran akan mengesan lebih banyak kes, namun orang ramai tidak perlu panik kerana dengan cara ini baru kerajaan dapat memastikan wabak Covid-19 di Johor terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Cai Tung yang juga Setiausaha Publisiti DAP Johor berkata, KPJ mempunyai tujuh buah hospital di negeri ini menawarkan perkhidmatan kesihatan yang sangat baik.

"Ujian saringan Covid-19 secara percuma boleh dijalankan dengan pembiayaan kerajaan negeri melalui fasiliti dan tenaga kerja KPJ," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!