X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori mabuk cedera dibelasah sekumpulan lelaki

A
A

KUALA SELANGOR - Seorang pemandu lori cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan sebuah stesen minyak di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang dalam keadaan mabuk mengalami lebam pada bahagian muka kiri dan luka di dagu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, sebelum kejadian, mangsa berusia 45 tahun itu pergi ke sebuah kedai untuk meminum minuman keras dan telah mabuk.

"Selepas itu, mangsa menaiki motosikal ke sebuah kedai runcit sebelum masuk ke dalam kedai berkenaan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki dianggarkan seramai 20 orang telah mengepung mangsa dan empat daripada mereka telah memukul lelaki itu dengan menggunakan topi kaledar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ramli berkata, mangsa tidak mengetahui punca dia dipukul dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku disebabkan dalam keadaan mabuk.

"Mangsa menyatakan tidak mempunyai musuh dan tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak," ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tanjong Karang.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera menggunakan topi keledar dan usaha untuk mengesan suspek giat dijalankan," jelasnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!