Solidariti anak muda untuk Palestin

Bendera Palestin yang dihasilkan sendiri sekumpukan anak muda dari Sungai Manik, Teluk Intan bermodalkan RM62.
Bendera Palestin yang dihasilkan sendiri sekumpukan anak muda dari Sungai Manik, Teluk Intan bermodalkan RM62.
A
A
A

TELUK INTAN - Bendera Palestin berkibar di laluan Simpang Tiga Sungai Manik, di sini sebagai tanda solidariti penduduk setempat terhadap bumi Aqsa dan rakyatnya.

Usaha itu digerakkan sekumpulan anak muda yang turut tersentuh hati melihat kemusnahan yang berlaku di Gaza ketika ini akibat kekejaman tentera Israel.

Mohammad Faisal Jamidi, 33, berkata, kibaran bendera Palestin itu sebagai tanda sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat.

Menurutnya, apa yang berlaku di bumi Palestin bukan lagi isu negara, tetapi tanggungjawab umat Islam secara keseluruhannya dalam menentang keganasan dan perang ke atas negara Islam.

"Melihat dan mendengar berita di media sosial mengenai penderitaaan penduduk di sana sudah cukup membuatkan kita menangis dan tidak tidur malam.

"Selain doa, kami memikirkan perkara lain yang boleh dilakukan sebagai tanda sokongan dengan bantuan rakan-rakan maka tercetuslah idea untuk menghasilkan dan mengibarkan bendera Palestin ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mohammad Faisal
Mohammad Faisal

Beliau berkata, bendera dengan panjang hampir tiga meter dan lebar dua meter itu diperbuat daripada kain-kain berwarna dengan hanya bermodalkan RM62.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia berjaya disiapkan dalam tempoh satu hari sahaja dan dipasang pada tiang lampu dengan diapit dua Jalur Gemilang di laluan berkenaan pada jam 10 malam pada Jumaat.

"Dua bendera Malaysia itu sebagai simbolik bahawa negara ini akan terus bersama perjuangan rakyat Palestin.

"Kami sengaja memilih laluan ini kerana ia merupakan jalan utama orang ramai dan diharap setiap kali mereka melihat kibaran bendera, mereka akan berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan Palestin.

"Kami percaya kata-kata itu satu doa dan kita pun digalakkan untuk terus berdoa agar rakyat di sana terus diperlihara dan dilindungi," katanya.

Mohammad Faisal tidak menyangka, beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial termasuk aplikasi Tik Tok itu mendapat reaksi positif kalangan rakyat negara ini.

"Insya-ALLAH, kami dalam perancangan buat lagi beberapa bendera Palestin termasuk bersaiz besar untuk di kibarkan di laluan-laluan lain," katanya.

Usaha sekumpulan anak muda mengibarkan Bendera Palestin di laluan Simpang Tiga Sungai Manik, Teluk Intan sebagai tanda solidariti penduduk setempat terhadap bumi Aqsa dan rakyatnya.
Usaha sekumpulan anak muda mengibarkan Bendera Palestin di laluan Simpang Tiga Sungai Manik, Teluk Intan sebagai tanda solidariti penduduk setempat terhadap bumi Aqsa dan rakyatnya.