Covid-19: Kes baharu terus meningkat kepada 4,855

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 4,855 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan ialah 458,077.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 1,783 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (521) dan Johor (467).

“Manakala Sabah dan Sarawak pula masing-masing merekodkan sebanyak 395 kes dengan Kelantan (339), Perak (302), Kedah (193), Terengganu (148), Negeri Sembilan (100), Sabah (76), Melaka (67) dan Pahang (56).

“Wilayah Putrajaya pula merekodkan sebanyak 9 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (4) manakala tiada kes baharu direkodkan di Perlis,” katanya menerusi Twitternya pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, daripada keseluruhan kes baharu tersebut, 4,582 daripadanya adalah kes tempatan dengan 4,494 atau 92.6 peratus melibatkan manakala 358 (7.4 peratus) adalah bukan warganegara.

Menurutnya, tiga kes import yang berlaku pada Khamis kesemuanya adalah melibatkan individu yang bukan warganegara.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 27 kematian yang berlaku pada Khamis dengan kesemua daripadanya adalah warganegara.

“Terdapat 27 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan kes di Selangor, Johor (lima), Kelantan (tiga), Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang masing masing dua kes serta Perak, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kes,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes aktif Covid-19 negara kini adalah sebanyak 41,582 dengan 481 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala terdapat 247 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai pertambahan kluster baharu, beliau berkata terdapat lapan kluster baharu yang dikesan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada 1,848 dengan 457 daripadanya adalah kluster aktif.

“Pertambahan kluster yang berlaku adalah melibatkan lima kluster sektor tempat kerja, dua komuniti dan satu tempat keagamaan dengan tiga daripadanya adalah di Selangor, dua di Johor manakala Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka masing-masing merekodkan satu kluster baharu.

“Kluster baharu itu ialah Kluster Jalan Keretapi Lama di daerah Kuala Selangor, Kluster Lima Jalan Kebun (Klang dan Kuala Langat)Kluster Jalan Tropika Industri dan Jalan Suasa Industri (Johor Bahru) dan Jalan Chain Ferry (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara).

“Tiga lagi kluster baharu ialah Kluster Jalan Lilin (Miri dan Lawas), Kluster Kongsi Lapan (Tawau) dan Kluster Tanjung Rimau (Melaka),” jelasnya.