X

Kindly register in order to view this article
!

Lari tinggal mercun dalam kereta

Seorang penyeludup bertempiaran lari meninggalkan Produa MyVi yang mengandungi 100 kotak mercun di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, Rantau Panjang pada Rabu.
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang penyeludup bertempiaran lari meninggalkan Produa MyVi yang mengandungi 100 kotak mercun di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, di sini pada Selasa.

Ia susulan tindakannya cuba menyeludup mercun dipercayai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri berjaya dikesan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada jam 6 petang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin, pihaknya telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota PGA terus mengekori dan menghampiri kenderaan tersebut, namun pemandunya telah bertindak memberhentikan kenderaan tersebut dan bertindak melarikan diri ke kawasan hutan yang berhampiran bagi mengelakkan diri dari dicekup anggota PGA," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azhari berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menjumpai 100 kotak mercun pelbagai jenis.

Katanya, siasatan awal mendapati mercun itu dipercayai diseludup dari Thailand menggunakan laluan tidak sah dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia untuk pasaran tempatan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Nilai rampasan mercun termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM59,565 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!