Di mana keluarga Aqil Naufal?

Bayi lelaki berusia empat bulan yang ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan pada November tahun lalu.
Bayi lelaki berusia empat bulan yang ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan pada November tahun lalu.
A
A
A

GEORGETOWN - Pejabat Kebajikan Daerah Barat Daya sedang mencari waris atau ibu bapa kepada seorang bayi berusia empat bulan yang dikenali sebagai Aqil Naufal.

Pelindung Pejabat Kebajikan Daerah Barat Daya, Ruzanna Rahmad berkata, bayi berkenaan ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan di Hospital Pulau Pinang, 5 November tahun lalu.

Menurutnya, sejak bayi itu dilahirkan, tiada waris atau ibu bapa yang datang menuntutnya.

"Ketika dilahirkan, bayi lelaki itu dalam keadaan sihat tubuh badan, sehingga kini, tiada mana-mana pihak yang datang menuntutnya.

"Kini bayi itu ditempatkan sementara waktu di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas," katanya ketika menghubungi Sinar Harian.

Katanya, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang waris atau ibu bapa kanak-kanak berkenaan, boleh menghubunginya di talian 04-8668442 atau 04-8664378.

Artikel Berkaitan: