Lelaki maut dengan kesan kelar di leher

No Image Caption
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Taman Nira di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dolah berkata, mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

"Sebilah pisau juga dijumpai berhampiran mangsa.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ditemui dan tiada barang yang hilang dari rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa baru semalam (Rabu) pulang dari Kuala Lumpur ke rumah keluarga di Batu Pahat.

Menurutnya, mangsa dihantar pulang dua rakannya dan kali terakhir keluarga melihat mangsa pada tengah hari Khamis ketika mereka hendak keluar bekerja.

"Tiada ahli keluarga lain di rumah semasa kejadian.

"Keterangan awal keluarga mengesahkan mangsa ada mengadu mengalami tekanan perasaan dan ada mengambil ubat penenang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ismail, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bedah siasat akan dijalankan pada Jumaat untuk mengenal pasti punca kematian dan siasatan masih diteruskan," katanya.