X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Daerah Bentong, Kuantan dan Raub dikategorikan zon merah

Pahang terus merekodkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 dengan 433 kes aktif setakat hari ini. - Gambar hiasan
A
A

KUANTAN - Pahang terus merekodkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 dengan 433 kes aktif setakat hari ini.

Peningkatan itu telah menyebabkan tiga daerah di Pahang dikategorikan zon merah iaitu Bentong, Kuantan dan Raub.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang (JPBNP) dalam kenyataannya menjelaskan, bagi daerah Kuantan, kes jangkitan Covid-19 sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang penurunan.

"Jumlah kumulatif kes positif di daerah Kuantan adalah sebanyak 1,539 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 199 kes yang terdiri daripada 9 kluster.

“Daripada 199 kes aktif yang dicatatkan, sebanyak 84 kes daripada saringan bergejala dan kontak rapat manakala sebanyak 115 adalah terdiri daripada kluster sedia ada,” jelas kenyataan terbabit.

Menurut kenyataan berkenaan, berdasarkan data yang dicerap mendapati kawasan panas (hotspot) di daerah ini adalah luas.

Jelasnya, ia merangkumi pelbagai kawasan antaranya Mahkota Heights, Jalan Galing, Tanah Putih Baru, Astaka Village malah di setiap mukim di daerah Kuantan mencatatkan kes positif jangkitan Covid-19.

Justeru, jawatankuasa itu sedang meneliti data dengan lebih terperinci seterusnya menyusun strategi untuk menurunkan jumlah kes harian dalam tempoh yang singkat.

“Oleh itu, jawatankuasa ini menyeru warga daerah Kuantan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar peningkatan kes secara mendadak tidak berlaku,” tegasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!