Covid-19: Sultan Johor titah dirikan solat hajat

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar semua umat Islam di negeri ini untuk sama-sama bermunajat kepada ALLAH SWT bagi menangani Covid-19 yang semakin menular ketika ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, umat Islam diminta mendirikan solat hajat dan berdoa agar Covid-19 dapat ditangani.

Baginda turut melampirkan kenyataan media oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin dan teks doa solat hajat oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad yang boleh dimuat turun.

Sementara itu, Md Rofiki dalam kenyataan berkenaan berkata, umat Islam di negeri ini dipohon bersama-sama bermunajat kepada ALLAH dengan mendirikan solat hajat sama ada di masjid, surau atau kediaman masing-masing.

"Pelaksanaannya ialah selepas solat Maghrib atau waktu bersesuaian selepas solat Jumaat.

"Dalam masa sama, kita perlu bersama-sama menjaga segala prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!