X

Kindly register in order to view this article
!

Longgokan 700kg ketum dalam bengkel kereta

Daun ketum dianggarkan seberat 700 kilogram (kg) bernilai RM 21,000 yang ditemui tersorok dalam sebuah bengkel kereta di Kampung Bunuhan.
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menemui longgokan daun ketum seberat 700 kilogram (kg) bernilai RM21,000 yang disorokkan dalam sebuah bengkel kereta di Kampung Bunuhan di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan dilakukan pasukan menerusi Op Benteng pada jam 5.28 petang selepas bertindak atas maklumat di penugasan sempadan Malaysia-Thailand (Kelantan).

“Setibanya di lokasi, kami ternampak dua orang lelaki. Menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua lelaki tersebut bertindak melarikan diri ke arah semak di belakang bengkel dan lolos,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, pemeriksaan ke dalam bengkel kereta tersebut menjumpai longgokan plastik hitam di dalamnya mengandungi plastik lut sinar yang diikat gelang getah mengandungi daun-daun hijau yang dipercayai daun ketum.

“Kesemua barangan dirampas dan dibawa ke Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 30 (3) Akta racun 1952,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!