2 traktor, lori, van musnah dalam kebakaran bengkel

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah bengkel barangan terpakai di Batu 35, Jalan Johor, Pontian, pada Selasa.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah bengkel barangan terpakai di Batu 35, Jalan Johor, Pontian, pada Selasa.
A
A
A

PONTIAN - Dua traktor dan masing-masing sebuah lori dan van musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel barangan terpakai di Batu 35, Jalan Johor di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.49 petang.

"Seramai 20 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu lori tangki dari BBP Pontian dan BBP Pontian Baru dihantar ke tempat kejadian.

No Image Caption

"Sebuah stor peralatan barang terpakai dan bengkel berkeluasan 18 x 24 meter telah musnah 90 peratus. Struktur binaan stor adalah jenis separuh kekal.

"Kebakaran turut melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu 1 tan terbakar 20 peratus, sebuah van pekerja jenis Toyota nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti terbakar 80 peratus dan dua traktor kobota terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kebakaran tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan

Katanya, operasi tamat pada jam 7.23 petang.