X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Mayat bayi lelaki dihurung semut ditemui di tepi jejantas

Gambar keadaan mayat dihurung semut tular di laman sosial.
A
A

KLANG - Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan dihurung semut selepas dipercayai dibuang sejak dua hari lalu di tepi jejantas Jalan Jepun Kampung Delek, Taman Muhamad Yamin di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Sirih dari tempat kerjanya di Sungai Jati telah menemui mayat bayi itu pada jam 6.12 petang.

"Pada awalnya, wanita itu melihat sepasang suami isteri berada di lokasi yang memaklumkan penemuan mayat bayi, namun tidak menghubungi polis," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Shamsul Amar berkata, lokasi kejadian merupakan bahagian bawah jejantas motosikal.

"Jarak kawasan perumahan ke lokasi kejadian adalah sejauh 100 meter, manakala jarak dari landasan kereta api pula 10 meter," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dengan panjang 0.6 meter serta bertali pusat.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh badan bayi," katanya.

Beliau berkata, mayat bayi telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!