X

Kindly register in order to view this article
!

Ziarah hari raya dibenarkan kecuali di kawasan PKPD

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penganjuran rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara tahun ini tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ziarah hari raya bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang mengikut kawasan rumah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal," katanya.

Bagaimanapun katanya, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala bagi kawasan PKPP tetamu tidak melebihi 25 orang.

“Bagi kawasan PKPD, mereka tidak dibenarkan melakukan ziarah hari raya, hanya keluarga dalam rumah sahaja yang dibenarkan,” jelas beliau.

Sementara itu, untuk aktiviti ziarah di tanah perkuburan, ia hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja dengan syarat enam orang bagi satu lot atau petak kubur dengan masa lawatan tidak melebihi 30 minit.

Ismail berkata, aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan di bawah PKP dan PKPD.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!