PKP di Mukim Endau, Triang di Mersing tamat esok

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor yang berkuatkuasa pada 20 April akan ditamatkan seperti dijadualkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan ditamatkan pada Ahad, lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan pada 13 Mei.

Menurutnya, ia susulan terdapat penurunan kes Covid-19 dan kluster tersebut terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan), kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan pada 2 Mei (hari ini) lebih awal daripada yang dijadualkan," katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Ahad.

Sehingga kini, beliau berkata, KKM telah melaksanakan 329 ujian saringan, 181 daripadanya disahkan positif Covid-19 dalam kluster berkenaan.

Mengenai penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, Ismail Sabri berkata, sebanyak 500 individu lagi ditahan pada Sabtu.

Beliau berkata, 215 ditahan kerana kesalahan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, aktiviti pusat hiburan (77), tiada penjarakan fizikal (55), tidak memakai pelitup muka (53) dan lain-lain kesalahan (100).

Artikel Berkaitan: