Covid-19: MB Selangor panggil sidang khas esok
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Negeri Selangor) pada Jumaat (esok) susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.
Menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis, Amirudin memaklumkan, sidang khas itu bertujuan meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, mesyuarat esok juga akan membincangkan syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000
"Hari ini hari ketiga berturut-turut kes baru Covid-19 kembali mencecah empat angkat, esok pagi (Jumaat) saya memanggil sidang khas bagi meneliti semula pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor," katanya.
Berdasarkan pecahan kes Covid-19 pada Khamis, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522) dan Kelantan (401).
Hari ini hari ketiga berturut2 kes baru covid 19 kembali mencecah 4 angka, esok pagi ( Jumaat ) saya memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara ( Negeri Selangor ) bagi meneliti semula perlaksanaan PKPB di seluruh Selangor
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) April 29, 2021
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
Peniaga dibunuh kejam kerana dendam
'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan
Clayton akhiri pemburuan Perak FC