X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Covid-19: MB Selangor panggil sidang khas esok

Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Negeri Selangor) pada Jumaat (esok) susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis, Amirudin memaklumkan, sidang khas itu bertujuan meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, mesyuarat esok juga akan membincangkan syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes kekal rekod angka lebih 3,000

"Hari ini hari ketiga berturut-turut kes baru Covid-19 kembali mencecah empat angkat, esok pagi (Jumaat) saya memanggil sidang khas bagi meneliti semula pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor," katanya.

Berdasarkan pecahan kes Covid-19 pada Khamis, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,083 kes diikuti Sarawak (522) dan Kelantan (401).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!