Isu kompaun: Tindakan pantas kerajaan tunjuk keprihatinan

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pantas kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu kompaun yang meresahkan sesetengah rakyat menunjukkan keprihatinan terhadap suara dan keluhan rakyat didengari serta diambil tindakan sebaiknya.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, selain itu, pihak kerajaan juga perlu meneruskan pendirian untuk tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

“Dalam masa sama, menerapkan elemen budi bicara di dalam setiap tindakan.

“Semoga rakyat dan negara ini akan sentiasa berganding bahu bersama-sama mengharungi fasa pemulihan dari pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:Enam pelajar matrikulasi dikecualikan bayar kompaun

Beliau berkata demikian mengulas mengenai enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dikecualikan daripada bayaran.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkara itu diputuskan selepas kesemua mereka mengemukakan rayuan pengurangan bayaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000

Artikel Berkaitan:

Selain daripada laporan itu, dilaporkan polis Kelantan juga meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger sebelum ini.

Idris turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan PN atas tindakan berkenaan.