MUIP taja tiket kapal terbang 19 pelajar ke Jordan

Dr Asmadi (kanan) menyerahkan surat kelulusan dan baucar pembayaran kepada Abd Razak di Kompleks Yayasan Pahang pada Rabu.
Dr Asmadi (kanan) menyerahkan surat kelulusan dan baucar pembayaran kepada Abd Razak di Kompleks Yayasan Pahang pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengagihkan sebanyak RM71,155 kepada 19 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Jordan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, agihan peruntukan itu berupa tajaan kapal terbang sehala dan wang saku berjumlah RM1,200 setiap penuntut.

"Kesemua mereka ini merupakan tajaan daripada Yayasan Pahang. Jadi pihak kita mahu memudahkan urusan mereka dengan menyalurkan bantuan ini.

"Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan suntikan semangat dan galakan kepada penuntut serta meringankan perbelanjaan yang ditanggung oleh ibu bapa," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Seramai 19 pelajar yang melanjutan pengajian ke Jordan menerima tajaan tiket kapal terbang ke negara berkenaan dalam satu majlis di Kompleks Yayasan Pahang pada Rabu.
Seramai 19 pelajar yang melanjutan pengajian ke Jordan menerima tajaan tiket kapal terbang ke negara berkenaan dalam satu majlis di Kompleks Yayasan Pahang pada Rabu.

Agihan peruntukan itu diserahkan kepada Ketua Bahagian Operasi Yayasan Pahang, Abd Razak Abd Musa Syaari melalui surat kelulusan dan baucar pembayaran di Kompleks Yayasan Pahang.

Beliau berkata, penyaluran bantuan ini dilaksanakan menerusi skim agihan zakat khususnya kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

Jelasnya, skim itu, turut menyalurkan bantuan awal kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan dermasiswa pelajar berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Apabila kita dapati penuntut atau pelajar ini layak, bantuan segera akan disalurkan kepada mereka," katanya.