X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah sekat kemasukan individu dari lima negara

Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari India, Perancis, Amerika Syarikat (USA), Afrika dan Brazil ke negeri ini bagi mengekang penularan Covid-19. Foto: 123RF
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari India, Perancis, Amerika Syarikat (USA), Afrika dan Brazil ke negeri ini bagi mengekang penularan Covid-19, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Beliau berkata, sekatan itu juga adalah langkah penting bagi mencegah kemasukan Covid-19 varian baharu yang dikesan di India ke negeri ini.

“Pengecualian masuk ke Sabah diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan suami isteri dan anak kepada rakyat Sabah sahaja. Bagaimanapun mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenar menjalankan prosedur 'sign off' di negeri ini.

Pengecualian bagaimanapun diberikan kepada kru kapal warganegara Malaysia tetapi mereka wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan, katanya.

Hajiji berkata, semua arahan itu berkuat kuasa mulai Rabu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!