Ayam hutan kegilaan baharu masyarakat Kelantan

Hijau milik Abdullah dinobatkan sebagai juara.
Hijau milik Abdullah dinobatkan sebagai juara.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seni suara kokokan ayam hutan hibrid menjadi 'kegilaan' baharu masyarakat di negeri ini.

Gelagat pemilik yang sanggup berdiri dan berteriak selama 15 minit tanpa henti sambil memberikan sokongan padu kepada ayam peliharaan mereka supaya terus berkokok amat menakjubkan.

Situasi itu dapat dilihat pada Pertandingan Kokokan Ayam Hutan Hibrid Terbuka Rantau Panjang apabila pemilik tidak putus-putus memberikan sokongan pada ayam peliharaan mereka.

Situasi itu jelas menunjukkan 'keghairahan' pemilik supaya ayam mereka mengeluarkan lebih banyak kokokan untuk dinobatkan sebagai juara.

Penganjur pertandingan, Mahadi Ismail mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat-peminat ayam berkenaan.

Gelagat pemilik ayam hutan yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu kepada ayam-ayam mereka yang bertanding.
Gelagat pemilik ayam hutan yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu kepada ayam-ayam mereka yang bertanding.

"Walaupun kali pertama dianjurkan ia telah berjaya menarik pemilik 60 ekor ayam untuk menyertai pertandingan itu," katanya.

Menurutnya, pertandingan seni suara ayam hutan hibrid berbeza kerana ia dinilai berpandukan kepada jumlah kokokan yang dilontarkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, lebih banyak kokokan yang dilontarkan maka ayam tersebut akan dinobatkan sebagai juara.

"Itulah uniknya pertandingan ayam hutan hibrid ini berbanding seni suara burung ketitir, terkukur, candik dan merbah jambul yang dinilai pada air suara," katanya.

Pada pertandingan tersebut ayam hutan hibrid milik Abdullah Ali Yusoff, 62, dinobatkan sebagai juara menewaskan 59 ekor ayam-ayam lain.