Ayahanda Permaisuri Selangor meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 3.40 pagi Selasa.

Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office pada Selasa memaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Rahman kembali ke rahmatullah hari ini (20 April 2021), bersamaan 8 Ramadan 1421 Hijrah.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapan di laman Twitternya mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: