Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penyanyiterkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
"Siti dan bayi dalam keadaan baik dan sihat.
"Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.
"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.
Dalam hantaran sama, Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women's Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women's Specialists, Datuk Dr Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
"Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT," katanya.
Siti Nurhaliza turut berkongsikan klip video yang memaparkan detik-detik manis sebelum melahirkan anak keduanya itu hingga meraih lebih 736,536 tontonan dalam tempoh dua jam dimuat naik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -ITU PP-26: Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi global bersendirian - Fahmi
11 November 2026 07:40pmHarga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen
11 November 2026 07:10pmUrusan zakat lebih mudah menerusi YEZ 2026
11 November 2026 04:51pmKerajaan belanja RM15 juta sebulan, kekal harga siling minyak masak botol - Armizan
11 November 2026 04:34pmJentera calon PH maut kemalangan
11 November 2026 03:09pmRosmah di Pavilion, Najib jalani tahanan rumah tanpa keluarga
11 November 2026 03:38pmLelaki 'amuk' guna jengkaut rempuh bangunan kerajaan
11 November 2026 07:05amAmir Raja Lawak masih bergantung alat bantuan pernafasan
11 November 2026 12:52pm- Iklan -- Iklan -
