Empat kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Empat kawasan di Sarawak kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan daerah Sarikei, Pakan dan Kuching, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan, PKPD di Sarikei melibatkan dua rumah panjang, Rumah Tang di Teluk Batu Bintangor dan Rumah Naning di Sungai Baji, kedua-duanya bermula 16 hingga 29 April.

Sementara, PKPD di Rumah Juni di Ulu Pandanum, Pakan bermula 17 hingga 30 April, manakala PKPD Taman Mesra Bako di Kuching bermula Ahad hingga 1 Mei.

Pada Ahad, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan dua lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Jalan Bintulu-Sibu di Tatau dan Kluster Tarat Tani, Serian.

Sarawak pada Ahad merekodkan 508 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,940 kes, selain mencatat satu pertambahan kes kematian menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut kepada 137 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: