Prestasi kewangan negeri catat surplus

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A
ISKANDAR PUTERI - Jumlah rizab kerajaan negeri bagi tiga kumpulan wang disatukan pada 31 Disember tahun lalu, berjumlah RM2.42 bilion.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sehingga November lalu, prestasi kewangan negeri berjaya mencatatkan lebihan sebanyak RM150.85 juta.

“Belanja mengurus sudah mencapai 75.88 peratus dan belanja pembangunan pula mencatat 58.86 peratus.

“Manakala kutipan sebenar hasil negeri mencatatkan sebanyak RM1.3 bilion iaitu 87.08 peratus daripada anggaran hasil bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM1.5 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Osman berkata, hasil cukai memperoleh kutipan sebanyak RM476.46 juta, hasil bukan cukai (RN610.69 juta) dan teriman bukan hasil (RM222.82 juta).

Katanya, kutipan hasil negeri bagi tahun 2019 dianggarkan mencapai RM1.55 bilion dengan maksud berlaku kenaikan anggaran kutipan hasil sebanyak 3.2 peratus berbanding 2018.

“Hasil cukai tanah dianggarkan pada RM404.81 juta yang menyumbangkan sebanyak 26.07 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang terus berdaya tahan, kerajaan mencadangkan anggaran belanja pada tahun depan adalah sebanyak RM1.54 bilion iaitu peningkatan RM46.15 juta.

“Belanjawan 2019 dijangka akan mengalami lebihan atau surplus sebanyak RM3.43 juta berpunca daripada dasar fiskal negeri yang berkesan dengan melaksanakan perbelanjaan berhemah dan berintegriti dan cekap atas hasil yang mampan.
Artikel Berkaitan:


“Sejumlah RM949.34 juta tidak termasuk caruman kepada kumpulan wang pembangunan diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri akan memperuntukkan RM600 juta melalui caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi perbelanjaan pembangunan tahun 2019.