X

Kindly register in order to view this article
!

15 kluster baharu, lima dikenal pasti di Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan tempat kerja dan komuniti. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Lima daripada 15 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster baharu membabitkan sembilan kluster tempat kerja dan enam komuniti.

"Di Kelantan, terdapat lima kluster iaitu Kampung Bunut Sarang Burung (tempat kerja), Kampung Domis (tempat kerja), Kampung Labok (tempat kerja), Kampung Kok Lanas (tempat kerja) dan Kampung Bechah Semak (komuniti)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, di Sabah pula, KKM mengesan empat kluster melibatkan masing-masing dua kluster tempat kerja dan komuniti.

"Lorong Megah Jaya (tempat kerja), Jalan Labuk Tiga (tempat kerja) dan Biah S Kim (komuniti) serta Melangkap Tomis (komuniti)," katanya.

Beliau berkata, Kluster Perabot Olak Lempit dan Jaya Setia merupakan kluster tempat kerja yang dikesan di Selangor.

"Satu kluster tempat kerja dikesan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Radin," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster komuniti lain turut dikesan KKM iaitu Jalan Cempaka Putih (Johor), Taman Rakyat ( Terengganu) dan Taman Pokok Machang (Kedah).

"Pertambahan itu menyebabkan jumlah keseluruhan kluster yang dikenal pasti adalah 1,500.

"Sebanyak 1,154 kluster telah tamat dan 346 masih aktif," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!