X

Kindly register in order to view this article
!

JPDC sasar pelaburan RM5 bilion

Mustapa
A
A

ISKANDAR PUTERI - Johor Petroleum Development Berhad (JPDC) menyasarkan untuk menarik pelaburan baharu bernilai hampir RM5 bilion dalam sektor minyak, gas hiliran dan aktiviti sokongan yang berkaitan dalam fasa kedua pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada fasa kedua dalam tempoh 2020 hingga 2025 itu mampu dicapai selepas fasa pertama sebelum ini menyaksikan dua pelaburan di PIPC dengan jumlah AS29.5 bilion (RM111.4 bilion).

"Pada fasa kedua juga, JPDC merancang mendapatkan dana untuk penambahbaikan dan naik taraf prasarana serta kemudahan awam yang mampu menyokong pertumbuhan industri hiliran minyak dan gas di Pengerang.

"Pada fasa pertama, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pembangunan RM2.48 bilion untuk 25 pakej kerja pembinaan lebuh raya dan jalan raya, naik taraf jalan Persekutuan, pembinaan jaringan saliran dan perparitan di dalam kawasan industri serta pembinaan kemudahan-kemudahan awam termasuk balai bomba, balai polis, klinik kesihatan, kompleks perikanan dan sekolah di kawasan PIPC," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Iskandar Puteri di sini pada Khamis yang turut di hadiri Ketua Eksekutif ( JPDC). Mohd Yazid Jaafar.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, JPDC juga akan mempergiatkan program latihan peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan agar mereka berpeluang diambil bekerja dalam operasi industri hiliran minyak dan gas di PIPC serta di seluruh negara.

"Sejak 2013 hingga Mac 2021, JPDC telah melaksanakan 58 program peningkatan kemahiran, melibatkan 4,097 tenaga kerja Malaysia yang menerima latihan di 12 institusi latihan teknikal awam di Malaysia.

"Program peningkatan kemahiran tersebut diselaraskan dengan keperluan dan permintaan industri, dan berjaya menghasilkan kadar pengambilan pekerja setinggi 95 peratus," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!