Twentyfive7 perkukuh komuniti, wujud peruncit baharu

Pengurus Besar twentyfive7, Suzan Ong (tengah) bersama 10 jenama baharu dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 25 April lalu.
Pengurus Besar twentyfive7, Suzan Ong (tengah) bersama 10 jenama baharu dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 25 April lalu.
A
A
A

TWENTYFIVE7 memperkukuh komuniti penduduk di Kota Kemuning dengan membangunkan pelbagai kemudahan terancang seperti pembukaan peruncit baharu dan sekolah antarabangsa.

Pengurus Besar twentyfive7, Suzan Ong berkata, penambahan kemudahan itu secara tidak langsung akan mengukuhkan visi persekitaran agar penduduk mudah ke taman, pusat membeli-belah, tempat makan, pendidikan dan hab komersial.

“Walaupun menghadapi cabaran diserang wabak itu (Covid-19), Quayside Mall telah berkembang maju, hampir kesemua lot kedai disewa dan berjaya melayani kira-kira 600,000 pengunjung setiap bulan.

“Penyewa utama seperti Jaya Grocer, Harvey Norman, MBO Cinemas, Rong Cuisine dan Mr DIY telah menjadi bahagian penting dalam ekosistem pusat membeli-belah yang bertenaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Suzan memberitahu, Quayside Mall kini memiliki tarikan baharu iaitu Jungle Gym, Mini Studio, Cross Kitchen dan Red Spice.

Bukan itu sahaja, jenama seperti Q-dees, Kiddypedia, Inside Scoop dan Ollie & Hana turut menjadi peruncit baharu yang bakal memeriahkan pusat membeli-belah berkenaan.

Tambah Suzan, Quayside Mall turut menyediakan Pusat Servis 3S pertama Toyota di pusat membeli-belah dan ia membuktikan bahawa keyakinan jenama tersebut terhadap potensi twentyfive7 tidak terhad.

“Mereka (Toyota) mengiktiraf peluang dengan memanfaatkan trafik pejalan kaki kami yang berkembang pesat dan ekosistem komprehensif yang telah kami usahakan.

Artikel Berkaitan:

“Ia secara tidak langsung, memberikan kemudahan kepada pelanggan bahawa mereka boleh menikmati kemudahan yang disediakan di Quayside Mall sambil kereta diservis,” ujarnya.

Mengulas mengenai pembukaan sekolah antarabangsa, Pengarah Good School, Yeoh Shu Wen berkata, sebagai pusat International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Cambridge terkemuka, Good School akan menubuhkan kampus sekolah antarabangsa terbaru iaitu The Good International School.

Menurutnya, sekolah berkenaan akan dibuka pada September 2024 dengan menawarkan program persekolahan yang komprehensif dan menetapkan standard tinggi untuk pendidikan dalam masyarakat.

Tambah Shu Wen, pihaknya yakin bahawa Menara Quayside merupakan lokasi yang ideal untuk kampus sekolah antarabangsa baharu bagi Good School.

“Dengan memanfaatkan kemudahan sedia ada di Quayside Mall, termasuk padang bola sepak, Quay Hall dan gelanggang bola keranjang atas bumbung yang baharu dibina di kampus. Kampus yang bakal dibuka ini, menjangkau lebih 50,000 kaki persegi.

“Ia membolehkan kami menawarkan pendidikan antarabangsa mampu milik kepada masyarakat. Pada masa sama, menyediakan kemudahan terkemuka seperti dewan persembahan dan makmal robotik,” katanya.

Gamuda Land (Gamuda) mewujudkan Quayside sebagai sebagai Central Park yang mesra haiwan peliharaan seluas tujuh ekar yang terletak di tengah-tengah perbandaran.

Kini kawasan berkenaan telah berkembang kepada 20 ekar dengan pembukaan Taman Komuniti, Taman Linear dan Taman Kesejahteraan dan pembangunan ini direka untuk meningkatkan lagi perpaduan dan kesejahteraan komuniti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!