PGA cekup 56 PATI, tujuh tekong darat

Nor Azizan
Nor Azizan
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menahan seramai 56 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand.

Operasi bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Rantau Panjang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, seramai tujuh warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat membawa PATI itu turut ditahan menerusi operasi bermula 16 Mac lalu hingga semalam.

"Kebanyakan PATI ialah warga Thailand dan Myanmar. Siasatan awal mendapati kesemua PATI itu dibawa masuk menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sekitar Sungai Golok," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, PATI berkenaan dipercayai akan dibawa bekerja di Kuala Lumpur.

Nor Azizan berkata, PGA akan terus mengetatkan kawalan bagi membendung kemasukan PATI dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Katanya, bukan itu sahaja aktiviti jenayah rentas sempadan turut diambil serius oleh PGA.

"PGA tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.

Artikel Berkaitan: