Mayat lelaki ditemui terapung di laut

Mayat lelaki berkenaan berjaya dinaikkan dengan bantuan pihak bomba. (Foto: Ihsan bomba)
Mayat lelaki berkenaan berjaya dinaikkan dengan bantuan pihak bomba. (Foto: Ihsan bomba)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di laut berhadapan Hospital Sultanah Aminah di sini pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mayat itu ditemui orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi polis pada jam 11.30 malam.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kita dapati mayat itu terapung kira-kira dua meter dari laut yang ditambak di hadapan hospital iaitu di Jalan Johor Bahru-Skudai.

“Mayat itu kemudiannya dinaikkan ke darat dengan bantuan pihak bomba dan penolong pegawai perubatan yang hadir di lokasi mengesahkan kematian lelaki berusia 44 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, polis telah menghubungi isteri mangsa yang kemudiannya mengesahkan identiti lelaki berkenaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan awal di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: