Boleh bertumbuk kalau kena 'cucuk' dari belakang

No Image Caption
A
A
A

BERDERAU darah Merak Jalanan ketika ketika memandu kereta seorang diri dari Petaling Jaya ke Shah Alam mengikuti Lebuhraya KESAS. Ketika itu baru jam 9 malam.

Merak Jalanan ubah laluan paling laju untuk memotong kenderaan di lorong satu dan dua tapi masih lagi tidak melangkaui had kelajuan maksimum 90km/j di kawasan itu.

Tiba-tiba, Merak Jalanan nampak daripada belakang sebuah kereta yang dipandu laju terus mengekori kereta Merak Jalanan dengan begitu rapat.

Pada masa yang sama, dia turut memberi isyarat lampu tinggi (high beam) beberapa kali supaya memberi laluan kepadanya. Tak sabar langsung!

Merak Jalanan bawa kereta perlahan sangatkah? Bila tengok meter, tidaklah perlahan sangat.

Merak Jalanan jadi serba salah. Nak masuk ke lorong kiri, mungkin akan berlanggar dengan kereta masih berderet-deret. Kereta di belakang itu pula �mencucuk’ rapat dan terus bermain lampu high beam. Gila!

Ia bukan pertama kali Merak Jalan berdepan situasi sebegitu. Merak Jalanan percaya ramai yang pernah menghadapi situasi sama. Biasanya yang melakukan sedemikian bukan kereta mewah tetetapi kereta kecil yang berlagak ‘King.’

Memberi isyarat high beam dari belakang sebenarnya membahayakan pemandu lain. Malah, boleh mengundang panik pemandu di hadapan, seterusnya menyebabkan kemalangan. Kalau tak kena gaya, mahu mahu bertumbuk di tepi jalan.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tak pasti sama ada terdapat undang-undang melarang kenderaan dari belakang memberi isyarat high-beam. Kalau ada, perlu diuar-uarkan kepada orang ramai. Kalau belum ada, kena fikirkan sesuatu untuk menguatkuasakannya.

Bagi Merak Jalanan, perbuatan sebegitu lebih bahaya berbanding mengubah suai ekzos motosikal atau plat kenderaan.