Nelayan, petani masih terima elaun, subsidi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kerajaan PH memberi jaminan bahawa elaun sara hidup nelayan dan subsidi kepada petani akan diteruskan.

Menerusi info grafik yang dimuatnaik di Facebooknya, beliau berkata, nelayan dan petani masih terus menerima elaun bulanan serta subsidi bersasar walaupun bajet untuk kementerian itu berkurangan.

"Nelayan yang turun ke laut melebihi 120 hari setahun layak menerima elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

"Petani juga menerima kenaikan subsidi RM360 per tan (sebelum ini RM300 per tan)," katanya, hari ini.

Semalam, Salahuddin menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya.

Surat yang diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud, 77, ke tangan Salahuddin sendiri sebagai gimik pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat yang dibaca Salahuddin itu antara lain meluahkan kebimbangan dan kegusaran petani serta nelayan dengan pemotongan elaun sara diri kumpulan berkenaan.

Artikel Berkaitan: