X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Kesilapan data suntikan sudah diperbetul: JKNK

Datuk Dr Zaini Hussin
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengakui kesilapan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga menyebabkan berlaku pertindihan maklumat nombor kad pengenalan seorang wanita sebagai individu yang sudah menerima vaksin.

Memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin memberi jaminan kesilapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran data peribadi individu terbabit dan langkah pembetulan telah dilakukan.

“Langkah-Langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini, tular di Facebook kisah seorang wanita yang berhasrat mendaftar untuk pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, namun beliau mendapati dirinya sudah direkodkan sebagai telah menerima suntikan pertama vaksin pada 3 Mac lepas di Klinik Kesihatan Selising dekat sini.

Menerusi hantaran itu, wanita terbabit mendakwa aplikasi tersebut turut mengeluarkan notifikasi kepadanya agar mendapatkan suntikan kedua vaksin semalam selain memaklumkan bahawa beliau bukan terdiri daripada petugas barisan hadapan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!