Sila log masuk terlebih dahulu.

DBKL ubah aliran trafik Kuala Lumpur

Pelan penambaikan aliran trafik di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Sultan Abdul Aziz/ Jalan Raja Muda Abdul, di sini. - Foto: Facebook DBKL.
Pelan penambaikan aliran trafik di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Sultan Abdul Aziz/ Jalan Raja Muda Abdul, di sini. - Foto: Facebook DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan perubahan aliran trafik di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Sultan Abdul Aziz/ Jalan Raja Muda Abdul, di sini berkuatkuasa pada 27 Mac 2021.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan perubahan tersebut dilakukan untuk melancarkan aliran trafik dan meningkatkan keselamatan pengguna di lokasi tersebut.

Menurut kenyataan itu, perkara tersebut dibuat berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan oleh pihak DBKL dan akan dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya serta mengurangkan kemalangan di lokasi itu.

"Pengguna dari arah Jalan Raja Abdul Aziz tidak dibenarkan ke Jalan Chow Kit dan diminta menggunakan Jalan Sri Amar sebagai jalan alternatif.

"Semua pengguna jalan raya diingatkan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," kata kenyataan itu pada Khamis.

Artikel Berkaitan: