PRN: Aliran trafik lancar setakat tengah hari

Aliran trafik di seluruh negara setakat jam 1 tengah hari lancar sempena pilihan raya negeri PRN di enam negeri. - Gambar hiasan
Aliran trafik di seluruh negara setakat jam 1 tengah hari lancar sempena pilihan raya negeri PRN di enam negeri. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Aliran trafik di seluruh negara setakat jam 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

"Hanya aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama menuju utara sahaja mengalami sedikit kesesakan iaitu laluan menuju ke Sungai Petani, Kedah dan Perai, Pulau Pinang.

"Kebiasaannya trend trafik meningkat pada jam 3 petang hingga 8 malam yang mungkin menyebabkan sedikit kesesakan. Keadaan trafik setakat ini lancar, namun bergantung juga kepada faktor kemalangan sekiranya ada berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: