Geng Taufiq akhirnya tumpas

Mohd Haris menyampaikan sijil penghargaan kepada media sempena Majlis Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di IPD Penampang, Penampang.
Mohd Haris menyampaikan sijil penghargaan kepada media sempena Majlis Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di IPD Penampang, Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Dua individu dikenali sebagai 'Geng Taufiq' yang memecah masuk kedai serta mencuri wang untuk tujuan santai dan menginap di hotel ditahan di kawasan pusat beli belah di Kota Kinabalu pada Isnin lalu.

Dua suspek berusia 13 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi susulan laporan daripada seorang pengadu yang menyedari kedai miliknya dipecah masuk pada pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tangkapan itu membabitkan kejadian pecah masuk premis yang dilaporkan di kawasan Bundusan dan Beverly Hills sejak Januari lalu.

"Kejadian terbaharu membabitkan pengadu lelaki berusia 38 tahun melaporkan premisnya dipecah masuk selepas mendapati pintu diumpil dan dirosakkan selain mendapati barang di dalam premis berselerak serta jam tangan didapati hilang.

"Susulan daripada laporan itu, satu tangkapan berjaya dibuat di pintu masuk sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu dan hasil siasatan awal mereka mengaku terbabit dalam lapan kes pecah masuk di sekitar Penampang sejak awal tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di IPD Penampang, pada Khamis.

Mohd Haris berkata, siasatan lanjut juga mendapati modus operandi kedua-dua suspek melakukan kegiatan itu adalah dengan menyasarkan kedai runcit, restoran dan premis yang menggunakan pintu jenis 'roller shutter' untuk dipecah masuk.

"Mereka rosakkan pintu roller shutter dan masuk ke dalam premis untuk mengambil wang sahaja. Wang itu digunakan untuk tinggal di hotel-hotel kawasan Kota Kinabalu dan membelanjakan wang itu begitu saja untuk tujuan santai.

"Siasatan juga mendapati, kedua-dua suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau serta ujian air kencing didapati negatif. Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat," katanya.

Artikel Berkaitan: