X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 1,268 kes baharu, Selangor rekod kes tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan 1,268 kes baharu Covid-19 pada Rabu, menurun sedikit berbanding semalam (1,384 kes) selain dua kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu juga, 1,083 kes sembuh dilapor menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 320,925, sementara angka keseluruhan kematian kini berjumlah 1,246 kes.

Beliau berkata dengan perkembangan terbaru itu, jumlah kumulatif kes positif setakat ini ialah 336,808 dengan kes aktif sebanyak 14,637.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,263 merupakan kes tempatan melibatkan 946 warga tempatan dan 317 bukan warganegara sementara lima lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 161 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham memaklumkan dua kematian yang dilapor hari ini membabitkan lelaki warganegara berusia 43 dan 77 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Sementara itu, beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 490 kes, diikuti Sarawak (141) dan Johor (135).

Pulau Pinang pula mencatat 99 kes, Negeri Sembilan (59), Kuala Lumpur (53), Melaka (52), Kedah dan Kelantan (masing-masing 49), Sabah (45), Pahang (43), Perak (42), Putrajaya (enam), Terengganu (empat) dan Labuan (satu).

Beliau juga memaklumkan empat kluster baharu dikesan melibatkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja ialah Jalan Wawasan Dua di Johor dan Industri Permata Dua di Negeri Sembilan, manakala kluster komuniti ialah Jalan Alam di Selangor serta Kluster Chupak di Sarawak melibatkan kumpulan berisiko tinggi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!