Antara vaksin AS dan China, dua-dua selamat

No Image Caption
A
A
A

MALAYSIA kini sudah mempunyai dua jenis vaksin untuk dibekalkan kepada rakyat. Vaksin pertama, Pfizer-BioNTech ciptaan Amerika Syarikat dan kedua, Sinovac daripada China.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin kerajaan dan frontliners antara yang terawal menerima suntikan Pfizer-BioNtech.

Sehingga hari ini, tidak ada seorang penerima vaksin itu mengadu tidak sihat atau mengidap sebarang kesan sampingan.

Vaksin Sinovac pula tidak kurang hebatnya lebih-lebih lagi menerima sokongan hebat daripada Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).

KJ menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Sinovac. Beliau bukan menolak vaksin Pfizer-BioNTech, sebaliknya mahu meyakinkan rakyat jelata bahawa vaksin dari China itu juga selamat seperti Pfizer-BioNTech.

Menariknya, KJ mengakui selepas disuntik vaksin Sinovac, pertuturan bahasa Mandarinnya sudah semakin baik berbanding sebelumnya!

Kata-katanya itu sudah tentu sekadar gurauan. Mesej sebenarnya adalah ingin menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan vaksin dan bebas daripada Covid-19.

Vaksin manakah yang anda inginkan? Pfizer-BioNTech atau Sinovac? Percayalah, kedua-dua vaksin ini adalah selamat. Apakah ada lagi yang masih takut dan was-was akan keberkesanan kedua-dua jenis vaksin itu?

Kerajaan telah berusaha menyekat penularan Covid-19, termasuk membeli dua jenis vaksin daripada dua buah negara yang berbeza.

Artikel Berkaitan:

Setakat semalam, seramai 413,255 orang dari seluruh negara telah menerima suntikan dos pertama dan kedua.

Kita yakin boleh menang berperang dengan Covid-19 ini. Asalkan seluruh rakyat jelata bersatu serta mendapatkan vaksin secepat mungkin. Kita pasti akan kembali jalani hidup seperti biasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!