X

Kindly register in order to view this article
!

Perasuah beri tanggapan buruk kepada bukan Islam

Gambar kecil: Siti Fatahiyah
A
A

SHAH ALAM - Penglibatan umat Islam dalam rasuah akan memberikan pandangan buruk kepada golongan bukan Islam.

Perunding Motivasi Keluarga, Siti Fatahiyah Mahamood berkata, sebagai pendidik, beliau turut memainkan peranannya dengan menjelaskan mengenai rasuah kepada pelajar.

Menurutnya, beliau sering memperingatkan pelajar bahawa perbuatan rasuah itu menyalahi agama dan memberi impak yang sangat bahaya kepada diri jika diamalkan.

“Saya juga mengingatkan kepada pelajar bahawa mereka dilarang memberikan hadiah kepada pensyarah ketika pensyarah tersebut masih mengajarnya atau kepada ketua jabatan selagi masih berada di jabatan tersebut ataupun kepada penyelia selagi berada di bawah penyeliaannya.

“Ini perlu bagi mendidik mereka untuk tidak memberikan rasuah bagi mengelak berlakunya salah faham dan ketidakadilan dalam penilaian terhadap pelajar tersebut.

“Ini juga penting bagi mendidik pelajar agar tidak mengamalkan rasuah apabila mereka masuk ke alam pekerjaan nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Siti Fatahiyah yang juga Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Shah Alam berkata, gejala rasuah seolah-olah menjadi budaya dan barah yang semakin menular dengan parah pada zaman ini.

Jelasnya, ia boleh diibaratkan ‘api dalam sekam᾿ iaitu kejahatan yang dilakukan dalam diam.

“Perbuatan ini adalah sangat bahaya kerana pada zahirnya kita lihat seolah-olah tiada apa ancaman atau kezaliman yang dilakukannya.

“Tetapi sebaliknya melibatkan ketidakadilan kepada mereka yang berhak sekaligus menyebabkan berlakunya kezaliman dan kejahatan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Fatahiyah menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Rasuah Busters dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Usaha murni ini seharusnya turut mendapat sokongan penuh seluruh rakyat di negara ini agar dapat mengecapi hidup harmoni dan terhindar jauh daripada penindasan dan kezaliman,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!