Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

Anwar dalam lawatan kerja ke Johor Bahru dan Iskandar Puteri pada Jumaat. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar dalam lawatan kerja ke Johor Bahru dan Iskandar Puteri pada Jumaat. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Masyarakat bukan Islam di negara ini perlu memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut berkait dengan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama pada masa akan datang.

"Pengajaran 40 hadis ulama itu sebagai asas untuk orang Islam terutama anak muda, ia penting bagi mereka kuasai dan fahami Islam, jadi jangan salah faham sebab kita bukan paksa (murid) bukan Islam.

"Keduanya, kalau ilmu setakat yang ada sekarang, jadi orang ingat tindakan maki hamun, cerca dan fitnah itu dianggap sebagai sebahagian daripada Islam. Sebab itu penyelesaian adalah mendalami ilmu Islam yang bersandar kepada al-Quran dan kupasan ulama muktabar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Bersama Pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sehubungan itu, Anwar berpendapat isu berkenaan tidak wajar lagi diungkit khususnya oleh wakil-wakil masyarakat bukan Islam di negara ini.

"Saya harap dengan penjelasan ini tidak akan berbangkit kecurigaan dalam sistem pendidikan kita. Sebahagian tidak suka Islam diajar, sebahagian lagi gunakan Islam tetapi tidak dengan dasar ilmu.

"Oleh itu, kita kena cari jalan sebenar iaitu untuk beri kefahaman Islam kepada orang Islam dan tidak paksa sesiapa (bukan Islam)," ujarnya.

Sebelum in, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dengan dakwaan ia bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 19 Ogos, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara dengan menyasarkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

BERITA BERKAITAN: Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM

Pengajian hadis 40, bukan Islam tidak berhak persoal - Mapim

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi