Kapal tangki muatan diesel bernilai RM1.8 juta dirampas

Kapal tangki mengandungi muatan 800,000 liter diesel bernilai RM1.8 juta di perairan Labuan ditahan pada Rabu. - Foto Bernama
Kapal tangki mengandungi muatan 800,000 liter diesel bernilai RM1.8 juta di perairan Labuan ditahan pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menahan sebuah kapal tangki dengan muatan 800,000 liter diesel bernilai RM1.8 juta di perairan Labuan pada Rabu.

Ketua Penguatkuasanya, Anual Kannari berkata, ketika operasi bersama dengan polis marin Labuan, kapal tangki itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Kapal itu ditahan kira-kira 2 petang kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan diesel bersubsidi tanpa lesen,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Anual berkata, lapan kru berumur 20 hingga 45 tahun diambil keterangan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: