'Ekzos bising budaya liar ganggu ketenteraman penduduk'

Abdul Hamid - Foto Bernama
Abdul Hamid - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan ekzos bising disifatkan sebagai budaya liar yang mengganggu ketenteraman awam khususnya kepada penduduk di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), taman perumahan dan flat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, meskipun budaya yang tidak sihat itu memberi impak kepada orang ramai, namun penduduk tidak menyuarakan perkara berkenaan.

“Saya kumpul perkara ini daripada aduan-aduan dan saya tahu peranan ini patut dimainkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM ada aset, kekuatan, tenaga pekerja dan undang-undang untuk menangani perkara ini.

“Misi PDRM ini adalah untuk mewujudkan satu suasana yang aman dan harmoni. Soal gangguan bising ini, dia (memberi) impak kepada ramai orang. Hanya selama ini mereka tidak dapat menyuarakan rasa marahnya,” katanya menerusi Program Bersama KPN yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: