Isu kalimah ALLAH: Berhenti sakitkan hati orang lain

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador - Foto Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Semua pihak khususnya ahli-ahli politik perlu berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang lain dalam membahaskan isu penggunaan kalimah ALLAH SWT, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, masyarakat sepatutnya memberi ruang kepada proses sistem kehakiman sehingga selesai.

“Saya menngajak kepada semua pihak khususnya ahli-ahli politik supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menghangatkan keadaan kita.

“Percayalah kepada sistem kehakiman dan keadilan kita, yakinlah bahawa undang-undang itu berdaulat. Proses itu belum berakhir lagi.

“Biarlah ia berjalan sehingga muktamad. Dalam waktu sama sekiranya boleh, pihak berkepentingan ini bersabar dan elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati pihak lain. Hentikan. Sekiranya sudah ada penyudah nanti, sama-sama rumuskan dan cari jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar di Karangkraf pada Rabu.

Abdul Hamid berkata, beliau faham ia adalah perkara yang begitu sensitif, namun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air yang keruh mengundang keadaan menjadi tidak tenteram.

“Bagi kami sebagai pihak yang menguatkuasakan undang-undang, kita tak mahu perkara ini menjadi pertelingkahan fizikal.

"Saya akan elakkan itu dan saya akan ambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menggalakkan serta menghasut orang turun melakukan perbuatan menyalahi undang-undang,” katanya.

Artikel Berkaitan: