32,711 individu terima dos pertama vaksin Covid-19 di Sabah

Seramai 32,711 individu di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat Selasa. - Foto Bernama
Seramai 32,711 individu di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 32,711 individu di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19, dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah keseluruhan tersebut, 3,924 individu menerima suntikan itu pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata, 38 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak tersebut di negeri ini 53,970 kes.

Katanya, 70 pesakit Covid-19 pula dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih di Sabah seramai 53,065 orang.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengagihkan 286,255 bakul makanan kepada golongan memerlukan menerusi Program Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. - Bernama

Artikel Berkaitan: