X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek kes tembak isteri tiba di mahkamah

Suspek yang disyaki terlibat dengan kes menembak isterinya tiba di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa.
A
A

KOTA TINGGI - Suspek yang membunuh dan menembak isterinya menggunakan senapang angin di Taman Saujana pada 1 Mac lalu tiba di bangunan Mahkamah Majistret di sini, jam 8.30 pagi Selasa.

Suspek yang bergari dan memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba dengan kawalan polis dilihat menutup mukanya.

Pertuduhan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Pada 5 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang wanita berumur 38 tahun yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi sejak 1 Mac lalu terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar.

Lebih menyayat hati, ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan empat tahun itu dipercayai ditembak mati ketika sedang tidur oleh suaminya berusia 43 tahun menggunakan senapang angin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.

Katanya, susulan daripada laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara cemburu, suami tembak mati isteri


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!