Covid-19: Sembilan kluster baharu, 19 tamat

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak sembilan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam membabitkan tempat kerja, dua komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi.

"Enam kluster tempat kerja itu ialah Tapak Binaan Jalan U-Thant, Kuala Lumpur, Tapak Bina Jalan Salak, Kuala Lumpur, Jalan Nusa Mega, Johor, Jalan Industri A1, Johor, Medan Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Lorong Kilang, Selangor.

"Dua kluster komuniti pula membabitkan Jalan Setia Jaya, Johor dan Sungai Lembing, Pahang manakala kluster kumpulan berisiko ialah Amanjaya, Kedah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberitahu sebanyak 19 kluster baharu ditamatkan pada Selasa.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kluster ditamatkan setakat ini adalah 755.

"Kluster dengan kes tertinggi dalam kesemua kluster tamat hari ini (Selasa) adalah Kluster Persiaran Teknologi iaitu 297 kes, namun tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini," katanya.

Artikel Berkaitan: