X

Kindly register in order to view this article
!

Steven Choong perlu selesaikan isu pencemaran Sungai Kim Kim

WEE TSE
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon didesak supaya turun padang bagi menyelesaikan isu pencemaran Sungai Kim Kim agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua Cabang Keadilan Tebrau Teoh Eng Hoon dalam kenyataannya pada Selasa menegaskan tindakan segera perlu diambil oleh Steven Choong agar isu sama tidak berulang lagi.

"Sungai Kim Kim pada Isnin, menarik tumpuan rakyat seluruh negara apabila sekali lagi tercemar, kali ini dengan tompokan minyak berwarna hitam dan berbau busuk.

"Sungai Kim Kim terletak di dalam Parlimen Tebrau, bukan di dalam Parlimen Pasir Gudang, justeru ia menjadi tanggungjawab Steven Choong untuk menyelesaikan masalah ini dengan pantas," katanya.

Wee Tse berkata, Sungai Kim Kim merupakan satu isu yang perlu ditangani oleh Steven Choong selepas beliau memberi alasan untuk mendapat akses berjumpa menteri atau ketua-ketua agensi kerajaan ketika mengambil keluar parti dan menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehingga saat ini kita dapati Ahli Parlimen Tebrau itu masih lagi membisu. Justeru, kita mendesak supaya Ahli Parlimen Tebrau segera turun padang selesaikan isu pencemaran Sungai Kim Kim.

"Sekiranya isu pencemaran ini tidak dapat diselesaikan seberapa segera, kita desak supaya Ahli Parlimen Tebrau meletakkan jawatan serta-merta," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!